SESI ENGAGEMENT PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC) BERSAMA UMT

Pada 11 Januari 2023, Fakulti Pengurusan Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS), Universiti Malaysia Terengganu telah membuat satu Sesi Engagement Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama UMT.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut adalah Puan Muhaslizawati Binti Mohd Bakri, wakil MPC. Manakala dari UMT pula dihadiri oleh Profesor Dr. Wan Mohd Norsani Bin Wan Nik, Dekan Fakulti Pengurusan Maritim, Profesor Madya Dr. Azwadi Bin Ali, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), beberapa pensyarah lain dari UMT.
Tujuan Sesi Engagement Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama UMT adalah bagi memaklumkan kolaborasi yang boleh dijalinkan oleh UMT bersama MPC dan geran – geran yang disediakan oleh pihak MPC kepada penyelidik.

Sesi Engagement Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama UMT diakhiri dengan penyampaian sijil MPC Recognition for “Productivity Champion” kepada tiga (3) penyelidik UMT iaitu Dr. Abdul Hafaz bin Ngah, Prof Madya Ts Dr. Jagan Jeevan dan Prof Madya Ts Dr. Nurul Haqimin Mohd Salleh.

Start Time

9:00 am

January 11, 2023

Finish Time

1:00 pm

January 11, 2023

Address

FPEPS,UMT

Translate »