Pada 26 Januari 2023 Fakulti Pengurusan Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS), Universiti Malaysia Terengganu telah menerima lawatan sambil belajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2), Kelantan. Lawatan tersebut berlansung di Makamal Kaunseling, FPEPS. Seramai 60 pelajar sekolah terbabit di dalam lawatan tersebut.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk pelajar menimba pengalaman baru dalam mengenali dunia kehidupan marin dan akuatik selaras dengan tujahan UMT sekaligus memberi peluang kepada mereka utnuk mengenali UMT dengan lebih dekat.
UMT mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2), Kelantan. di atas kunjungan hormat tersebut dan diharapkan hubungan di antara UMT dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2), Kelantan. berkekalan. Kunjungan hormat diakhiri dengan jamuan makan, sesi fotografi dan penukaran cenderahati.